Monday, February 21, 2011

Bersabarlah wahai umat-umat Islam


KESABARAN SEORANG NABI DAN RASUL TERUNGGUL


Dari Abdullah r.a, katanya: “Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w menceritakan seseorang di antara nabi–nabi yang dipukul oleh kaumnya hingga mengalir darahnya dan nabi itu menghapuskan darah di mukanya sambil berdoa: “Wahai Tuhan! Ampunilah kiranya kaumku kerana sesungguhnya mereka belum tahu.”

(Bukhari)
Huraian:
Kebenaran (hak) itu datangnya daripada Allah S.W.T. Pemimpin kebenaran khususnya para rasul wajib menyampaikan kebenaran itu kepada seluruh manusia. Bahkan salah satu sifat wajib bagi rasul ialah menyampaikan (tabligh). Mereka tidak boleh menyembunyikan kebenaran walaupun satu huruf.
Apabila datang penentangan terhadap yang hak itu, maka kebenaran sikap mereka tetap tidak berubah, melainkan terus mencari jalan bagaimana kebenaran itu boleh sampai dan diterima oleh para penentang. Sekiranya sudah tidak ada lagi jalan untuk penentangnya menerima kebenaran, maka didoakannya pula. Doanya kepada penentang ialah agar menerima kebenaran dan Tuhan ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa mereka.
Begitulah mulianya hati dan jiwa insan yang Allah anugerahkan sebagai pemimpin umat. Inilah hati para rasul. Lihatlah sikap Rasulullah s.a.w yang memaafkan penduduk Thaif yang menghina baginda. Malah baginda mendoakan agar mereka nanti akan menerima kebenaran dan beriman kepada Tuhan suatu masa kelak.
Jadi sabarlah walau apa pun yang sedang kita hadapi..
Hidup ini penuh cabaran..tarik nafas buat seketika tika tahap kesabaran kita di tahap maksimun.
Insyaallah, cara ini akan berkesan.

Monday, January 24, 2011

Komunikasi & Islam...?

Komunikasi dalam konteks islam ialah untuk mengajar umatnya supaya berkomunikasi dengan cemerlang. Supaya manusia menjaga segala adab dan tertib berkomunikasi. Seperti yang umum tahu, segala perbuatan kita di dunia akan di kira di akhirat kelak, dan komunikasi juga perkara yang akan di hisab. Kita yang hidup di era moden ini perlulah menjaga percakapan kita. Janganlah cakap benda yang sia2, lebih baik diam atau banyak kan mendengar dan berkata apabila benda yang ingin di sampaikan itu penting sahaja. Komunikasi melibatkan pelbagai elemen, termasuklah elemen orang yang berucap, khalayak perndengar, mesej yang hendak disampaikan, medium yang digunakan, kesan yang terhasil dan lain-lain lagi. Kesemua elemen ini dipandang serius oleh islam.

Baiklah mukadimah dah sempurna hendaknya, sekarang sesi untuk meluahkan pendapat. Tapi sebelum itu saya ingin memohon maaf terlebih dahulu seperti biasa ar kan. Elemen orang yang berucap, tidak kira lah sama ada kita yang sedang berucap atau orang lain yang sedang berucap. Cuba kita tengah berucap dan tetiba orang sibuk mencelah, mesti kita akan rase cam nk maki jer kan, ie ar tak respect orang lain tengah bercakap tetiba datang nak menyemak. Benda ni akan selalu terjadi tidak kira ar sesiapa pun, sama ada pelajar komunikasi ker, bisnes ker dan yang lain. Tapi bila orang yang lain tengah berucap dengan kita, kita buat bodoh atau kita pergi menyampuk perbualan orang lain. Jadi kita semua sama jer, manusia biasa jer. Tapi setidaknya manusia boleh berubah, bak kata orang dunia ni tak pernah berubah tapi manusia jer yang selalu berubah-ubah. Paham2 jelah kiranya kalau kita sendiri tak reti nak hormat orang lain macam mana orang nak hormat kita? orang akan pandang kita sebelah mata jer. Hormat ni tak perlu ambik kira sape lagi tua or so whatever. Benda ni semua orang boleh fikir kan, tak guna kalau ALLAH S.W.T kurnia kan kita otak tapi kita malas nk berfikir, so law ada otak tapi akal cam batu baik jadi binatang jer.

Dalam berkomunikasi ni kita perlulah berhati2, kadang2 benda ni kita tahu tapi pandang sebelah mata. Contohnya, bila Umi kita telefon hendak bertanya khabar ngan kita, tapi waktu tu kita sibuk dengan benda lain secara spontan perkataan 'ah' keluar dari mulut kita. Apa hukum nyer? Mestilah berdosa besar, kita perlu hormat dengan orang yang kita bercakap, walaupun orang itu tidak ada di depan mata kita. Di zaman moden ni, pelbagai medium yang kita boleh pilih untuk berkomunikasi dengan orang lain. Bagi yang ber'kapel' mereka   akan gunakan skype,ym dan yang lain untuk berkomunikasi dengan buah hati pengarang jantung mereka. Kalau waktu tu menutup aurat takpelah ni ada yang perempuan dan lelaki yang sedang dilamun cinta boleh pulak mengunakan medium ini dalam bentuk yang salah, seperti berwebcam tapi dalam keadaan yang separuh bogel. Ie ar bila kita tnyer mereka, dengan selambe meraka jawab ala chill lah benda biasa ar sekarang ni macam ni, bukan orang lain nmpak atau tahu pun. Memang lah orang lain tak tahu tapi ALLAH S.W.T tahu. Dorang lebih takutkan orang lain dari ALLAH S.W.T . Entah ar saya sendiri pun tak tahu nak cakap macam mane. Pandai buat pandai2lah tanggung kat akhirat nanti ek.

Benda yang satu ni selaulu jadi di sekeliling saya, macam kawan2 kita bersembang bukan nak main dengan kuatnya tak ingat orang sekeliling yang mendengarnya, macam benda yang disembangkan tu pentinglah sangat. Agaknya mungkin kurang kasih sayang kot, gila kan perhatian. Biar ar anggap jer budak2 walaupun umur dah nk dekat 20 tahun. Tapi tidak kah mereka sedar kesan perbuatan mereka itu? orang akan berasa mereka sangat annoying, dan memalukan. Mukenye ayu bukan main tapi bila bersembang benda yang merepek2, tambah volume bila bersembang tu kalah muzik kat club. Tiba waktu gelak di naik kan lagi volume kalau suara macam penyanyi takpe ni suara kalah penyagak. Ramai juga orang salah gune medium yang pelbagai untuk berkomunikasi sekarang ni. Contohnya, menghina orang lain, mengaibkan orang lain, dan menjatuhkah orang yang mereka benci. Macam manelah kita nak maju, orang lain pandai jer gunekan platform yang ada ni untuk membuat sesuatu yang berguna, dengan menambah pendapatan dan ada yang jadi kaya raya hanya menggunekan platform2 yang sedia ada sekarang ni untuk berkomunikasi.

Saya rase setakat sini sahaja, sekali lagi saya memohon maaf seandainya ada yang tersinggung hati, yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang dari kesilapan diri saya sendiri. Wassalam.

Sunday, January 16, 2011

Lumrah Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t. Salam perkenalan, nama diberi Muhammad Fitri B Zulkifli. Ini adalah pertama kali saya menulis blog, jadi jika ada sesiapa tersinggung saya menyusun sepuluh jari terlebih dahulu dan jika ada terkurang dan terlebih dalam gurauan itu adalah kesilapan saya sendiri dan yang baik itu dari Allah S.W.T. Untuk post yang pertama bagi blog ini, saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai lumrah kehidupan yang sering dihadapi oleh semua manusia tidak kira bangsa, agama ,dan warna kulit mereka. Berkait dengan saya sifatkan Di antara 2 pintu, semua manusia akan berasa ragu-ragu untuk membuat keputusan, tidak kira keputusan yang bakal di ambil itu ke arah kebaikan atau sebaliknya. Seringkali terjadi kepada kita untuk berubah dari diri kita yang semalam. Sebagai contohnya, kita ingin berubah dengan menunaikan solat 5 waktu dengan lengkap selepas ini, tetapi bila kita mendengar seruan azan serta merta kita tidak tergerak seinci pun untuk melaksanakan hajat kita. Sama juga bila kita ingin bertukar kepada seorang pelajar yang positif tetapi niat kita itu tidak akan terlaksana kerana diri kita sendiri. Kenapa semua ini terjadi di kala niat kita untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan berjaya hanyalah ibarat hangat-hangat tahi ayam. Sampai bila kita ingin jadi begini? Adakah kita perlukan hidayah untuk sesuatu  perubahan? Kita sering cemburu akan kejayaan yang dikecapi oleh orang lain, kita bercakap buruk akan orang itu atau kita pun berkata kepada diri kita sendiri yang kita pun boleh jadi seperti mereka. Tapi kita hanya berkata-kata tiada 1 langkah pun kita, kita lebih suka duduk di depan laptop,bermain komputer games dan melayari laman web sosial. Ada juga makhluk tuhan yang ingin berubah kepada yang sebaliknya, alasannya dunia ini tidak adil, sudah bosan menjadi seorang yang baik selama ini, inginkan kebebasan dan keseronokan walaupun mereka tahu yang semua itu hanyalah sementara. Tapi mereka mengejar semua itu bersungguh-sungguh walaupun sedar yang semua itu salah disisi agama dan diri mereka sentiasa diperhati oleh malaikat dan ALLAH S.W.T. Tapi apa yang lagi mereka takuti ialah benda yang mereka lakukan itu diketahui oleh seseorang yang mengenali mereka, seperti ahli keluarga mereka, kawan-kawan yang tidak tahu akan sisi gelap kehidupan mereka. Saya bukanlah seorang yang arif pandai di dalam agama dan kehidupan ini, tetapi saya berkata bersandarkan pengalaman dengan mengenali pelbagai jenis peringkat umur manusia, walaupun saya masih lagi muda bak kata orang masih lagi banyak yang perlu dipelajari mengenai kehidupan. Tapi tidak semua orang yang muda itu pendapatnya salah, dan tidak semua pendapat orang yang lebih berusia itu selalunya betul. Setakat ini dahulu, ampunkan manusia biasa ini. Yang salah itu datang dari kesilapan saya sendiri, dan yang betul itu datang dari ALLAH S.W.T. Sekian wassalam.